The Writing Room

Search This Blog


Features personal
Gambar: Google
Budaya popular ataupun “pop culture” sudahpun lama membanjiri diri mereka dengan imej-imej tentang pengakhiran dunia. Malah, terdapat segelintir daripada mereka yang begitu obses dengan perkara ini sehingga mereka tidak sabar untuk melihat pengakhiran dunia dengan mata mereka sendiri. Namun, tidak mengira berapa jumlah ilmu pengetahuan yang kita ada, tidak ada apa-apa yang mampu mempersiapkan kita untuk realiti baru ini, iaitu hidup di zaman Covid-19.

Kejutan itu mengejutkan?

Bukankah kita harus lebih bersedia? Tidakkah budaya dan pemikiran kita sudah lama dibanjiri dengan porno bencana? Selama lebih dari sedekad, kita telah membayangkan tentang pengeboman, kejatuhan, mayat bergelimpangan. Ada juga yang membayangkan tentang makhluk bernama zombi akan keluar dan melapah semua manusia yang masih hidup di muka bumi ini. Selama ini kita telah hidup dalam imej-imej ini dan hanya menanti bila mimpi buruk ini akan tiba. Namun, entah bagaimana malapetaka yang kita sedang hadapi ini berbeza. Sangat berbeza.

Malapetaka sebenar

Malapetaka ini mungkin satu malapetaka yang aneh. Pernahkan kita terbayang bahawa satu-satunya cara untuk menang menentang malapetaka ini adalah dengan - duduk di rumah. Ya, selama ini kita terbayang bahawa kita akan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir untuk menang terhadap sesuatu peperangan, namun sekarang semuanya terbalik. Kemenangan menentang virus Corona ini adalah dengan duduk di rumah. Bekerja dari rumah, belajar dari rumah. Jika kita rindu akan sahabat kita pun, kita hanya mampu “berjumpa” mereka dari rumah - melalui panggilan video.

Mengapa ianya satu malapetaka?

Dengan seimbas kata, ianya kelihatan mudah untuk memenangi peperangan ini. Namun, realitinya, wabak ini adalah silent killer yang bukan sahaja mampu menjangkiti manusia dan membunuh mereka, tapi ianya juga mampu untuk membunuh segala-galanya.

Untuk mengelakkan penularan wabak ini, manusia terpaksa diasingkan. Ini memberikan impak yang dahsyat kepada ekonomi negara. Industri-industri dunia perlu berhenti atau sekurang-kurangnya mengurangkan pengeluaran.

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir juga berkata “Ekonomi akan mengalami kemelesetan di seluruh dunia. Malah negara kaya akan menderita. Sesungguhnya kita semua berhadapan dengan malapetaka yang dahsyat.”

Covid-19 ini juga akan menjejaskan industri berkaitan pelancongan meliputi syarikat penerbangan, pengangkutan darat, hotel dan restoran. Bukan itu sahaja, pekerja-pekerja di syarikat ini juga berhadapan risiko yang tinggi untuk dibuang kerja kerana majikan tidak menjana keuntungan yang mencukupi membayar gaji mereka.

Bagaimana dengan pelajar?

Pelajar-pelajar sekolah terpaksa diberikan cuti, justeru membuatkan mereka ketinggalan dalam pelajaran mereka. Pelajar-pelajar universiti pula terpaksa menyesuaikan diri dengan menimba ilmu dalam talian melalui panggilan video. Hal ini bukanlah satu perkara yang mudah bagi mereka kerana sesetengah daripada mereka tinggal di kawasan luar bandar yang mempunyai kekuatan Internet yang lemah, ataupun lebih teruk tidak mempunyai talian Internet langsung di tempat kediaman mereka. Ilmu yang diberi oleh tenaga pengajar kadang-kala tidak sampai dek kerana kelemahan talian mahupun ketiadaan gajet yang bersesuaian.

Pelajar-pelajar semester akhir pula menghadapi cabaran yang lebih hebat apabila kebanyakkan syarikat telah berhenti mengambil pelatih di syarikat mereka. Manakan tidak, pekerja yang sedia ada pun terpaksa dibuang, apatah lagi mahu mengambil pelatih di syarikat mereka. Kebanyakkan graduan baharu juga terpaksa menjadi penganggur kerana tiada jawatan kosong yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat di negara ini.

Sukan

Temasya yang dinanti-nanti oleh peminat sukan di seluruh negara tahun ini iaitu Olimpik dan juga Kejohanan Eropah UEFA 2020 (EURO) juga terpaksa dibatalkan. Atlet-atlet yang telah melatih diri habis-habisan terpaksa gigit jari apabila mereka tidak dapat bertanding di temasya terbesar dunia pada tahun ini. Sesetengah daripada mereka juga merasai tamparan hebat apabila ada diantara mereka bukanlah atlet sepenuh masa. Mereka berhenti dari kerja masing-masing untuk berlatih tetapi sekarang semuanya terbatal. Walaupun temasya ini dikatakan akan dianjurkan tahun hadapan, terdapat ura-ura juga yang mengatakan jika wabak ini tidak dapat dibendung, mereka akan membatalkan temasya ini serta-merta.

Gambar: Google


Duduk di rumah

Kita diberitahu bahawa duduk di rumah merupakan pilihan paling selamat buat ketika ini. Tetapi bagaimana dengan mangsa keganasan rumah tangga? Keganasan rumah tangga adalah ancaman tersembunyi yang bersembunyi disebalik pintu tertutup. Tiada siapa dapat melihat atau mengetahui jika seseorang itu sedang didera secara fizikal mahupun mental di rumah mereka sendiri. Duduk di rumah mampu mencegah menyebaran Covid-19, namun bagaimana dengan nasib mereka yang didera? Bukankah ianya juga merupakan satu malapetaka?

Rahmat atau Malapetaka?

Ianya benar bahawa bencana ini ada membawa sedikit rahmat kepada kita. Namun, impak negatifnya terlalu besar sehingga rahmatnya kelihatan begitu kerdil. Tugas kita sama sahaja untuk sama-sama mengharungi malapetaka dahsyat ini - iaitu untuk bersikap baik, kekal tenang dan menjaga sesama sendiri, seperta kata slogan kita “Kita Jaga Kita.”

  • 0 Comments
Gosh, I had sooo many ideas on what to write here when I first decided to start this blog. But now I'm just too lazy to write, which is exactly the reason why I didn't even want to have my own blog.

The first (real) post might come later than expected :/
  • 0 Comments
After months of deliberation, I am finally here! I've always wanted to create a blog for me to share my writings (mostly nonsense) and thoughts rather than keeping it in my notes. Some writings can be personal, while some are more formal.

I will start writing very soon!

Love,
Haseena
  • 0 Comments
Home

Contact

  • Instagram
  • Twitter
  • Facebook

Blog Archive

  • July 2020 (3)

Report Abuse

instagram

Template Created By : ThemeXpose . All Rights Reserved.

Back to top